Antara kereta sendiri,bas ,komuter dan LRT

Friday, December 12, 2008

Dalam kehidupan, kita dipenuhi dengan pelbagai aksi kepelikan.Apabila kita dibendung kemiskinan kita mendambakan kemewahan. Apabila kita dibendung keselesaan kita mendambakan sesuatu yang lain kononnya kita dirundung kebosanan................Maka bagi menimbulkan sesuatu kelainan maka aku bercuti dengan hanya meneroka alam baru menaiki bas,komuter dan LRT bagi memberikan pengalaman yang kononnya amat menyeronokkan putra dan putriku.Aku sejujurnya lebih selesa dengan keretaku sendiri tetapi anak-anakku lebih menghargai bas,komuter dan LRT walaupun terpaksa berhimpit dengan ratusan insan yang baru balik dari pejabat. Alangkah menghairankan.............Begitulah ragam manusia ........Lebih menghargai yang lain daripada di depan mata ...........................

0 comments: