Meriahnya raya 2011................

Tuesday, September 27, 2011

2011 mencatatkan sejarah baru apabila sambuta Hari Raya pertama disambut di rumah sendiri. Buat julungkalinya abah menyuarakan hasratnya untuk berhari raya di rumahku sahaja............Sesungguhnya aku tidak keberatan meneruskan tradisi ini......Dan aku bersyukur ke hadrat Illahi dalam usia abah 90 tahun..abah masih tegap melayani cucu-cucunya...............

Tersedar dari lena yang panjang.........

Saturday, February 19, 2011

Sedar-sedar sudah lebih setahun tidak mencatat apa-apa di ruangan ini. Pelbagai peristiwa sudah dilalui....Kepemimpinan sekolah terutamanya sudah dilanda rombakan besar-besaran.........Kejayaan bahas Bahasa Melayu sudah tercapai tahun 2010 .....terserlah satu catatan...terima kasih anak-anak buah rakan guru..terutama jurulatih cemerlang bahas yang sudahpun berhijrah.........dan aku masih seperti adanya tetap menjalankan tugasan berdasarkan kepercayaan dan tanggungjawab yang diberi...namun jauh di sudut hati masih ada yang terkilan...............

Saturday, February 13, 2010

Kekeliruan yang tidak bernoktah......

Wednesday, November 25, 2009

Adakalanya kekeliruan menyelubungi kita pabila kita hanya orang bawahan....
Adakalanya kita kekeliruan pabila terlalu berkira dalam tugasan.....
Adakalanya kita kekeliruan pabila terlalu berserah dalam kehidupan...
Adakalanya kita kekeliruan pabila menganggap orang lain juga sama seperti kita...
Adakalanya kita kekeliruan pabila hidup manusia bermuka-muka....
Adakalanya kita kekeliruan pabila tanggungjawab kita diperkotak-katikkan....
Adakalanya kita kekeliruan pabila keikhlasan kita sentiasa diragukan....
Adakalanya kita kekeliruan pabila wujud insan yang menjulang langit.....dan sentiasa melihat kelemahan orang lain tidak kelemahan sendiri.....

Sesungguhnya kehidupan adalah satu perjalanan yang mengelirukan ......hanya akal dan ketulusan yang dapat membezakannya......

Keheningan menjelang raya...

Sunday, September 27, 2009

Sedar tidak sedar telah 7 tahun hari raya kami sepi tanpa kehadiran bonda yang tersayang... Entah kenapa ada waktunya sukar untuk menggambarkan kerinduan padamu bonda lebih-lebih lagi di saat aku keseorangan menyediakan segala juadah kegemaran keluarga. Biasanya bondalah yang akan sibuk tidak menang tangan menyediakan macam-macam... kuih bahulu... yang sudah tujuh tahun aku tidak membakarnya....kerana tiada lagi yang mampu membakarnya dengan alasan remeh untuk membuatnya....kuih bumbai.....juga sudah tujuh tahun aku tidak merasanya...... kuih goyang ...kuih kering....kuih wajik.... cuma nasib baik aku masih mampu membuat sendiri rendang masak minyak......kalau tidak kempunanlah aku semuanya......
Sedar tidak sedar juga sudah 7 tahun ayahandaku keseorangan melalui kehidupan.....Sesungguhnya aku bersyukur kehadrat Ilahi kerna masih memberikan kesempatan untuk aku bersama ayahanda meraikan hari raya ini...walaupun sesungguhnya jauh di sudut hati terselit suatu kebimbangan yang sukar dimengertikan...........hanya jauhari yang mengenal manikam....

Hari raya kembali lagi......

Wednesday, September 16, 2009

Sebut saja raya .... teringat pelbagai perkara...

Teringat aku pada kad raya yang semakin ditinggalkan....
Walaupun kami di bilik ini cuba menghidupkan suasana berkad raya ...... namun agak hambar kerana sambutan tidak sehangat yang diminta.......tapi alhamdulillah masih ada pelajar yang memahami pentingnya kad raya.....

Teringat aku pada sesi bermaafan.....
Sesi bermaafan daripada pelajar yang memang kami tunggu-tunggu sejak tahun lepas...
maklum saja ... tika ini sahaja kami dapat berhibur dengan lagu-lagu hari raya ...live lagi....

Teringat aku pada kesedihan berhari raya ....
kerinduanku pada suasana tika bonda bersama........................

Telah lama kutinggalkan.........

Tuesday, September 15, 2009

Telah lama kutinggalkan satu kesalan yang tidak bernoktah....
Telah lama kutinggalkan impian yang tidak kesampaian.......
Telah lama kutinggalkan rajuk yang tidak berkesudahan....

Sudah tiba masanya kita hidup semula.....kerana...

Apa guna hidup kalau tidak bersemangat..
Apa guna semanagt kalau tidak berjuang..
Apa guna berjuang kalau tidak dapat membebaskan diri daripada belenggu....