Tatapan buat anak didik 2009

Friday, May 15, 2009

Kejerihan menjadi pos woman dari kelas ke kelas hari ini terubat pabila ramai juga aku kira masih menghargai ilmu isu semasa......
Walau harga majalah-majalah ilmiah yang kuedarkan hari ini sebenarnya mampu dibiayai oleh sebilangan besar anak didikku namun pihak sekolah telah membelikan mereka percuma walaupun setiap kelas hanya dibekalkan hanya senaskhah setiap majalah..
Sejauh mana mereka melihat ini satu kasih sayang pendidik kepada anak bangsanya?
Aku kira tidak ramai yang merenung sejenak apakah perlunya Dewan Masyarakat,Dewan Ekonomi,Dewan Siswa, Jr Statements,MEP ini kepada mereka?
Adakalanya terfikir juga perlukah kita berbuat sesuatu sedangkan apa yang kita buat tidak berbaloi.....
Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit..........
Ilmu yang diperoleh tidak akan datang secara bergolek sendiri....
Sedar tidak sedar proses pembelajaran sentiasa berlaku ...bukan hanya dalam pengajaran dan pembelajaran.....
Fikir-fikirkan......anak-anak didik yang tersayang....

2 comments:

Unknown said...

btul ckg..bacaan makalah ilmiah bnyk manfaat...sye sgt menghargai usaha sekolah membekalkan buku-buku tersebut kpd sdarians..sye pun rindu dgn majalah tu semua..kt universiti kne bli sendiri..harap sdarians 2009 menggunakan kemudahan yang ada dengan sebaik2nya...

Shasha said...

Tapi sayang tak ramai yang menghargai usaha ini....