Memahami jiwa remaja

Wednesday, November 12, 2008

Tidak ramai yang dapat memahami jiwa remaja hari ini. Banyak pihak yang hanya menyalahkan tindak tanduk remaja yang semakin kekusutan nilai.Ada kalanya kita terpaksa tunduk kepada aliran waktu. Dek kerana kita yang semakin hampir separuh abad atau kerana kita terlalu mencari kesalahan tanpa mengambil tindakan wajar mengatasi kekusutan nilai remaja menyebabkan kita terlupa kita juga pernah muda. Jiwa remaja yang sentiasa memberontak tidak akan menghiraukan larangan.Jiwa remaja yang perlukan pengisian . Maka apakah peranan kita ? Adakah dengan hanya menyekat kebebasan idea dan kreativiti mereka? Atau adakah dengan hanya sentiasa memberikan kritikan sehingga mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kehendak diri dan kehendak pihak lain?Sesungguhnya pengisian majlis makan malam tadi telah menggambarkan kehausan anak-anak didikku ..........

1 comments:

Okasan Xyna said...

Kasihan kan sha kerana "kedewasaan" menyebabkan kita kurang memahami dan kurang mengerti. Belum terlambat rasanya untuk kita sama-sama belajar faham-memahami.