Kekeliruan yang tidak bernoktah......

Wednesday, November 25, 2009

Adakalanya kekeliruan menyelubungi kita pabila kita hanya orang bawahan....
Adakalanya kita kekeliruan pabila terlalu berkira dalam tugasan.....
Adakalanya kita kekeliruan pabila terlalu berserah dalam kehidupan...
Adakalanya kita kekeliruan pabila menganggap orang lain juga sama seperti kita...
Adakalanya kita kekeliruan pabila hidup manusia bermuka-muka....
Adakalanya kita kekeliruan pabila tanggungjawab kita diperkotak-katikkan....
Adakalanya kita kekeliruan pabila keikhlasan kita sentiasa diragukan....
Adakalanya kita kekeliruan pabila wujud insan yang menjulang langit.....dan sentiasa melihat kelemahan orang lain tidak kelemahan sendiri.....

Sesungguhnya kehidupan adalah satu perjalanan yang mengelirukan ......hanya akal dan ketulusan yang dapat membezakannya......

Keheningan menjelang raya...

Sunday, September 27, 2009

Sedar tidak sedar telah 7 tahun hari raya kami sepi tanpa kehadiran bonda yang tersayang... Entah kenapa ada waktunya sukar untuk menggambarkan kerinduan padamu bonda lebih-lebih lagi di saat aku keseorangan menyediakan segala juadah kegemaran keluarga. Biasanya bondalah yang akan sibuk tidak menang tangan menyediakan macam-macam... kuih bahulu... yang sudah tujuh tahun aku tidak membakarnya....kerana tiada lagi yang mampu membakarnya dengan alasan remeh untuk membuatnya....kuih bumbai.....juga sudah tujuh tahun aku tidak merasanya...... kuih goyang ...kuih kering....kuih wajik.... cuma nasib baik aku masih mampu membuat sendiri rendang masak minyak......kalau tidak kempunanlah aku semuanya......
Sedar tidak sedar juga sudah 7 tahun ayahandaku keseorangan melalui kehidupan.....Sesungguhnya aku bersyukur kehadrat Ilahi kerna masih memberikan kesempatan untuk aku bersama ayahanda meraikan hari raya ini...walaupun sesungguhnya jauh di sudut hati terselit suatu kebimbangan yang sukar dimengertikan...........hanya jauhari yang mengenal manikam....

Hari raya kembali lagi......

Wednesday, September 16, 2009

Sebut saja raya .... teringat pelbagai perkara...

Teringat aku pada kad raya yang semakin ditinggalkan....
Walaupun kami di bilik ini cuba menghidupkan suasana berkad raya ...... namun agak hambar kerana sambutan tidak sehangat yang diminta.......tapi alhamdulillah masih ada pelajar yang memahami pentingnya kad raya.....

Teringat aku pada sesi bermaafan.....
Sesi bermaafan daripada pelajar yang memang kami tunggu-tunggu sejak tahun lepas...
maklum saja ... tika ini sahaja kami dapat berhibur dengan lagu-lagu hari raya ...live lagi....

Teringat aku pada kesedihan berhari raya ....
kerinduanku pada suasana tika bonda bersama........................

Telah lama kutinggalkan.........

Tuesday, September 15, 2009

Telah lama kutinggalkan satu kesalan yang tidak bernoktah....
Telah lama kutinggalkan impian yang tidak kesampaian.......
Telah lama kutinggalkan rajuk yang tidak berkesudahan....

Sudah tiba masanya kita hidup semula.....kerana...

Apa guna hidup kalau tidak bersemangat..
Apa guna semanagt kalau tidak berjuang..
Apa guna berjuang kalau tidak dapat membebaskan diri daripada belenggu....

Entah apa yang tak kena......

Saturday, July 11, 2009

Entah apa yang tak kena .... aku semakin tak bersemangat........
sentiasa keliru dengan ragam manusia..?????!!!!!!ha..ha....hanya jauhari yang mengenal manikam......

Impian yang belum kesampaian

Monday, July 6, 2009

Sekali lagi dalam mesy..aku dipersoalkan akan destinasi debat..... walaupun kuakui aku sendiri semakin rimas dengan bidang yang sering menimbulkan kontroversi ini... aku akan terus cuba untuk meneruskan perangkaan demi perangkaan agar pelajar akan terus dapat menikmati faedahnya dari bidang ini........
Sabtu lalu sempena Pertandingan akhir Bahas PPM semangatku membakar kembali dek kata-kata Timbalan Menteri pelajaran.....Perbahasan adalah satu-satunya cara mendidik pelajar supaya lebih terbuka dan kreatif mindanya.Perbahasan secara langsung akan menanam minat membaca dan seterusnya akan mendorong pelajar membincangkan sesuatu isu itu dengan lebih terperinci..... tetapi jangan pula menjadi pembangkang sahaja........katanya......itu aku faham........ha..ha....
Tidak rugi kita mengikut arus..... Perjuangan kita belum berakhir meskipun ......ada masanya rasa nak blah je...............

Apabila Lidah tidak bertulang..........

Saturday, June 20, 2009

Aku terkedu........apabila anak yang diasuh seperti kacang lupakan kulit...
Aku terkedu...... apabila anak yang diasuh menggigit jari yang memberikan suapan...
Aku terkedu.....apabila anak yang dulunya tidak punya apa-apa..diasuh...disuap tetapi akhirnya menghamun ibu sendiri.....
Aku terkedu......apabila penilaian dibuat berdasarkan apa yang tersurat...tiada siapa yang tahu apa yang berlaku di belakang tabir.....
Aku terkedu .....apabila disangka tidak memberikan apa-apa sokongan sedangkan keistimewaan yang dihamburkan semuanya berpunca dari yang satu.......
Tiada siapa yang tahu dek kerana kesedaranlah ....debat diklusterkan ...kalau tidak sampai hari ini kita langsung tidak ada keistimewaan jangankan bilik,rak ,baju atau bas ,guru penasihat pun belum tentu ada.....

Cakap siang pandang-pandang,cakap malam dengar-dengar.......
Kita belum cukup dewasa untuk terlalu cepat melatah.......
Dalam proses mencari kemenangan sudah tentu banyak ranjau yang perlu kita rempuh....Anak -anak bangsa hari ini adalah anak-anak bangsa terlalu mudah lupa..... alpa dengan segala kemewahan, keistimewaaan, apalagi kita memang sukar untuk melarikan diri daripada menjadi masyarakat subsidi.........Dek kerana inilah sukar untuk kita mencapai kejayaan yang jitu......Kita selalunya sentiasa menuding jari kepada orang lain apabila kita tidak berjaya dalam sesuatu perkara.........jarang muhasabah diri ........

Antara Destinasi dan Perjalanan...

Memang tidak dapat dinafikan kejayaan sesuatu pertandingan akan diukur dengan kemenangannya di dalam pertandingan...Apabila kemenangan dicapai kita akan disalut dengan pujian ,penghargaan dan pelbagai lagi bentuk ganjaran yang pastinya menghilangkan kepenatan untuk memperoleh kemenangan itu...Dan apabila kita tidak mencapai kemenangan kita tidak akan dapat lari dari dipersoalkan kenapa kita tidak memperoleh kejayaan... Bagi pasukan yang bertanding menggunakan tenaga fizikal ....pemain dapat dibentuk melalui latihan intensif di padang dan dapat ditingkatkan lagi dengan sokongan moral daripada dalam dan luar emosi.Namun bagi pasukan yang memerlukan kemahiran berkomunikasi yang tinggi gabungan bakat dan latihan amat perlu dalam proses membentuk keupayaan seseorang dalam menyampaikan hujah.....Kecekapan menyampaikan hujah bukan satu-satunya dimensi yang diukur untuk mencapai kejayaan..... Pakej kecekapan mematikan hujah,pakej personaliti ,pakej lantunan suara dan pakej persepsi luar juga turut memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesuatu pasukan...Adakah ini sebagai satu luahan escapism kerana tidak menang? Sudah tentu tidak kerana.... aku pasti walaupun destinasi itu penting namun perjalanan ke arah destinasi itu lebih penting dalam menentukan kejayaan anak bangsa......
Oleh itu aku dalam proses mengumpulkan maklumat aktiviti serta kerjaya pendebat-pendebat sekolah supaya jelas dapat menjelaskan anak-anak debat mempunyai hala tuju kehidupan ....dan yang pasti penuh dengan informasi berkualiti dalam usaha membentuk masyarakat yang mampu berdayasaing diperingkat globalisasi dan tidak mudah untuk diperkotak-katikkan ...kerana mereka adalah masyarakat yang berinformasi , suka memproses ,tidak hanya menerima sahaja....satu masyarakat yang perlu wujud ...

Fuuh, Kembali Semula

Friday, June 19, 2009

Haah....kembali semula dengan seribu satu persoalan yang adakalanya mencuit rasa,adakalanya membosankan ,adakalanya mencabar diri dan adakalanya membakar diri. ...Namun walau apapun cabaran yang sedang dihadapi atau bakal dihadapi.... hidup mesti diteruskan.......dan pastikan perjalanan itu perjalanan yang menyeronokkan....................

Sembang-sembang petang....

Thursday, June 4, 2009

Aku suka bersembang...sembang-sembang petang....
Percutian adalah waktunya yang akan kugunakan untuk bersembang dengan jiran tetangga....tujuannya bukan untuk busy body tetapi mengetahui isu semasa persekitaran selain dari merapatkan hubungan silaturahim... kerana biasanya pada hari-hari persekolahan tiada waktu untuk bersembang ... apa tidaknya ....sampai di rumah badan dah letih....fikiran dah penat .. tak mampu untuk menambah lagi berita-berita yang remeh-temeh........
Hari ini baru aku berkesempatan bersembang...sembang-sembang petang......
Bayangkan dalam masa tak sampai pun lima belas minit aku memperoleh cerita merangkum enam bulan.... banyak yang aku ketinggalan rupanya.... seperti mana biasanya aku ketinggalan di sekolah.........
Nasib baiklah di kawasan aku ini ada informer ...jadi tak payah tanya ..berita akan terus dibacakan........seronok juga menganyam ketupat...tapi ehem seperti biasa ..aku hanya sebagai pendengar pasif...... tetapi realitinya aku sukar diperguna....dipengaruhi.. atau diperkuda kerana aku adalah aku.... hanya jauhari yang mengenal manikam........ha..ha.....

Madah Berhelah.....

Entah kenapa....aku sudah mula berkira-kira....sudah mula bermadah helah.....kerana pengalaman mengajar kita.....ada waktunya kita perlu bermadah helah.........kalau tidak ........manusia tidak mengambil kira perasaan orang lain....tetapi seperti kebiasaan......tidak akan ada yang perasan...ergh......

Sekadar Menilai Diri...

Wednesday, June 3, 2009

Sekadar Menilai Diri......
Rahsia Melalui Tulisan –oleh Dr Fazdzillah Kamsah

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
• Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
• Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
• Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
• Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
• Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
• Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
• Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
• Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
• Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
• Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
• Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
• Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
• Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
• Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
• Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Ha..ha.. sekadar berkongsi maklumat dan post mortem diri sendiri.......

Pentingnya kita menyelami sejarah.....

Rakyat tidak mudah lupa keganasan komunis
Oleh Mohd Ayop Abd Razid
ayop_60@yahoo.com
CHIN Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di No 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan, Perak. Beliau adalah bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM). Perjuangan revolusi (bersenjata) yang didokongnya banyak menumpahkan darah.

Tidak sedikit air mata yang mengalir, penderitaan, kesedihan, ketakutan dan trauma yang mendalam dialami rakyat akibat kekejaman komunis ketika zaman Darurat (1948-1960). Penduduk yang tinggal berhampiran kawasan hutan dan di estet getah seluruh negara berdepan dengan ancaman nyawa, harta benda dan tanaman mereka dimusnahkan.

Pastinya perajurit tanah air yang berjuang menentang komunis tidak dapat melupakan kezaliman dan kekejaman komunis. Selagi hayat dikandung badan, maka segala pengalaman itu tetap menjadi kenangan pahit buat mereka.



Manja Mohd Ludin dalam buku Psikologi Sosiologi dan Falsafah Dalam Pendidikan (DBP, 1990) mencatat seramai 1,883 anggota keselamatan terkorban dan 2,560 cedera. Ramai perajurit yang cacat kerana bertempur dengan komunis masih hidup hingga kini. Di kalangan orang awam pula, sebanyak 2,473 terbunuh , 1,385 cedera dan 810 ditawan komunis. Kematian pihak gerila komunis adalah 6,710 dan yang ditawan seramai 3,989 orang.

Elok rasanya kita menyingkap sekelumit sejarah pergerakan komunis di negara kita. Ideologi komunis mula menyerap masuk ke Tanah Melayu pada 1920-an. Melalui Biro Timur Jauh, ejen komunis antarabangsa (Comintern), terutama dari China dan Russia berjaya mempengaruhi kebanyakan pertubuhan buruh, kesatuan sosialis dan kesatuan pengguna yang kebanyakannya dianggotai kaum Cina.

Bahan penerbitan komunis seperti surat berita keluaran Rosita dan Delta News Agency, buku dan risalah komunis dari China dan Russia mempengaruhi kebanyakan orang Cina. Buku berjudul Komunisme dan Negeri China karangan Fung Tsz You adalah di antara buku yang dibaca.

Kelas malam yang wujud di Kuala Lumpur turut dijadikan markas penyebaran fahaman komunis. Pada Mei 1926, Kesatuan Sekerja Am Nanyang ditubuhkan di bawah pengaruh Communist International Trade Union Organisation (Profintern). General Labour Trade Union’ di Singapura turut dipengaruhi komunis.

Kedua-duanya mendalangi beberapa siri mogok sekitar 1920-an. Pada 1928 Parti Komunis Nanyang ditubuhkan dengan sayap utamanya Liga Anti Imperialis Nanyang. Akhirnya, atas arahan Commintern, maka PKM ditubuhkan pada 1930 menggantikan Parti Komunis Nanyang. Sayap pemudanya dikenali sebagai Malayan Communist Youth. Pada 1935, pemogokan pekerja didalangi komunis berlaku di Singapura dan Kuala Lumpur.

Ia menjadi serius pada 1937 apabila buruh estet getah dan bijih turut mogok menyebabkan ekonomi negara terancam. British di Tanah Melayu melaksanakan ‘Punishment Ordinance’ dengan menangkap pemimpin kesatuan buruh yang disyaki sebagai aktivis komunis. Namun, mereka terus berarak dan berdemonstrasi di Kuala Lumpur dan keadaan menjadi serius apabila buruh lombong arang batu di Batu Arang merampas lombong serta mengawal pengurusannya.

Ia akhirnya memaksa majikan bersetuju menerima beberapa tuntutan mereka seperti kenaikan gaji, syarat bekerja yang lebih baik dan kemudahan pekerja yang sewajarnya. Ketika Jepun menawan Tanah Melayu, PKM turut bangkit menentang Jepun menyebabkan British mengiktirafnya sebagai pertubuhan yang sah (1945-1948).

Sentimen anti-Jepun di kalangan orang Cina dan PKM mendorong mereka menubuhkan Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk menentang Jepun. Selepas tamatnya perang (16 Ogos 1945), MPAJA atau dikenali sebagai Bintang Tiga menguasai negara selama 14 hari dengan melakukan pelbagai kezaliman dan kekejaman.

Apabila British kembali pada awal September 1945 dan mengharamkan MPAJA, maka ahlinya menganggotai Old Comrades Association yang ditubuhkan akhir 1945. Di antara 1946-1947 terdapat hampir 300 pemogokan didalangi komunis.

Pada 1947, Chin Peng dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM. Beliau tertarik dengan pendekatan revolusi komunis di China pimpinan Mao Zedong. Pada 1948, PKM mengangkat senjata menentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menyebabkan British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960).

Perjuangannya bersarang di hutan belantara dengan melakukan serangan hendap serta menggunakan kaedah perangkap samar yang mengorbankan banyak nyawa dan kecacatan. Pada 1955, Chin Peng menolak perjanjian Damai Baling dan meneruskan perjuangan bersenjata dengan berselindung di sebalik nama Pembebasan Nasional Malaya (TPNM).

Pada November 1957 Persidangan International Communist Movement di Moscow mengiktiraf PKM sebagai parti komunis yang mewakili pertubuhan komunis antarabangsa di Tanah Melayu. Wakil PKM yang hadir dalam persidangan itu ialah Siu Cheong dan Musa Ahmad. Nama seperti Rashid Maidin, Musa Ahmad, Abdullah CD, Abu Samah Mohd Kassim, Shamsiah Fakeh, Ahmad Baki, Ali Majid dan Abdul Rahman membawa kita kepada persoalan mengenai pembabitan orang Melayu dalam perjuangan fahaman kiri ini.

Untuk mempengaruhi orang Melayu, komunis menerbit dan menyebarkan risalah dalam bahasa Melayu seperti Suara Boeroeh Malaya dan Ingatan. Mereka juga menubuhkan Jawatankuasa Tempatan Komunis dan Liga Anti-Imperialis.

Aktivis Parti Komunis Indonesia (PKI) juga digunakan untuk meraih sokongan orang Melayu dan orang Jawa di beberapa negeri. Apabila pemberontakan PKI (1926) gagal, ramai tokoh ternamanya seperti Tan Malaka, Hasanoesi, Alimen, Sutan Pateh, Moeso, dan Boedisoejitro melarikan diri ke Singapura dan Pulau Pinang.

Wakil PKM iaitu Rashid Maidin pernah hadir dalam persidangan Majlis Agama Tertinggi Malaya (MATA) di Maahad II Ihya As-Syarif, Gunung Semanggol pada Mac 1947. Beliau cuba membangkitkan semangat orang Melayu supaya menentang British melalui kekerasan tetapi usahanya gagal kerana ulama menolak perjuangan mereka.

Sekitar 1960-an, masih wujud usaha mempengaruhi orang Melayu melalui penubuhan beberapa sekolah tajaan komunis untuk orang Melayu tetapi gagal. Sekitar 1970-an, terdapat dua siri pembunuhan dilakukan oleh ejen komunis ke atas pegawai tertinggi Polis Di-Raja Malaysia iaitu Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim (1974) dan Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong (1975).

Tugu Negara juga turut dibom pada 1975. Komunis meletakkan senjata selepas diadakan Majlis Perjanjian Damai di antara Kerajaan Malaysia dan PKM di Haadyai, Thailand pada 1 Disember 1989.

Kesimpulannya, perjuangan komunis gagal kerana ia tidak mendapat sokongan orang Melayu yang berakidah Islam. Perjuangan komunis bukanlah satu sumbangan kemerdekaan tanah air kerana cita-cita PKM mahu membentuk sebuah Republik Komunis Tanah Melayu adalah satu bentuk penjajahan baru yang tidak dapat diterima sama sekali, khususnya di kalangan orang Melayu beragama Islam. Justeru, wajarkah satu perjuangan songsang diberi pengiktirafan di negara ini?

Penulis adalah Ketua Unit Komunikasi Media di Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

Fuuh, hari yang memenatkan......

Hari ini sungguh memenatkan....setelah sekian lama tidak mengadakan operasi pembersihan secara total .....percutian kali ini aku habiskan di rumah sahaja mengadakan operasi pembersihan...kitar semula.... baik pulih.... dan menghapus kira apa yang patut dihapus kira......... satu-satunya tugasan yang belum kubuat di bilikku di sekolah.... ha..ha...... nanti Zai ye.... tunggu.... mood aku datang...

Cuti persekolahan..........

Tuesday, June 2, 2009

Setiap kali tibanya cuti persekolahan dapat kita lihat kanak-kanak yang berkeliaran tanpa tujuan tanpa mengira masa........ Amat menghairankan apabila ada anak yang masih muda belia sudah pandai berbelanja di pasar raya mewah tanpa ditemani ibu bapa.... Amat menghairankan apabila ada muda yang masih muda belia sudah pandai berbelanja... membeli makanan sendiri.... Amat menghairankan apabila ada anak muda yang masih muda belia berpeleseran pada waktu malam lebih-lebih lagi pada waktu maghrib.,..... Amat menghairankan apabila ada anak muda yang masih muda belia.. tak tentu masa ada di taman permainan....... Amat menghairankan apabila tiba cuti persekolahan ibu bapa mula pening kepala sedangkan.... apabila musim persekolahan tiada ibu bapa yang pusing kepala ...kerana sudah tentu rasa keselamatan anak mereka terjamin di bawah jagaan.... Jadi ..... dimana silapnya apabila anak-anak muda yangf masih muda belia sudah mula engkar dengan kata-kata ibu bapa..........

Teruskan perjuangan ...

Monday, June 1, 2009

Walaupun HKSBP 2009 bukan milik kita pendebat-pendebat....cikgu harap kamu tidk cepat berpatah arah.....Sekalung penghargaan kepada guru-guru yang telah bertungkus-lumus menjayakan program memantapkan arena perdebatan pelajar...Terima kasih kepada jurulatih-jurulatih khususnya saudara Izzad yang cikgu kira tiada tolok bandingnya kerana sentiasa berada bersama-sama pasukan sekolah......

Perjuangan kita belum berakhir...Berhasil atau tidaknya sesuatu program itu tidak semata-mata bergantung kepada kemenangan dalam sesuatu kejohanan semata-mata..... tetapi proses untuk mencapai kejayaan itu yang sebenarnya mengajar kita erti kemenangan...Banyak yang perlu kita fikirkan bersama untuk mencapai kejayaan. .Banyak peristiwa yang mengajar kita tentang kejayaan...Apa yang penting teruskan berusaha....... kerana cikgu percaya dan yakin pada kebolehan kamu....

Maaf kak...

Sunday, May 31, 2009

...Maaf kak ... satu ungkapan yang agak menghibakan....

namun ...maaf kak ..jangan dijadikan ungkapan yang melambangkan satu suara putus asa...

kerana tidak ramai yang sedar bukan mudah untuk melahirkan pendebat-pendebat yang berkaliber.... tapi yang penting kita sudah mengadakan landasan mereka bertapak supaya terus bergerak...berjuang dan terus berjuang bukan hanya menang dalam pertandingan tetapi menang dalam perjuangan hidup masing-masing....... dan aku berbangga anak-anak debat ini adalah antara anak bangsa yang bakal menjadi generasi berwawasan negara .... satu perjuangan yang memerlukan satu perjalanan yang amat panjang........

Satu pertemuan.......

Satu pertemuan .....setelah sekian lama agak terkilan dengan tingkah laku yang menggores hati.....agak mengharukan.......
Satu pertemuan .... setelah berjauhan akibat mengikut kata hati......amat mengelirukan ....membuat hati tertanya-tanya....kenapa perlu seseorang itu membuat keputusan....sedangkan diri sendiri tidak pasti akan kehendak diri.... dan yang pasti yang empunya diri menyesali tindakan sendiri.....
Satu pertemuan..... yang berlaku mengikut kehendak alam....ada kalanya membuat kita sentiasa memikirkan segala kejadian yang berlaku di sekeliling kita ada hikmah disebalik kejadian........
Apa yang penting setiap hari kita akan bertembung dengan satu pertemuan yang menggarap seribu satu pengajaran dalam kehidupan....kerana sebagai insan biasa...... sentiasa gagal untuk membuat pertimbangan kerana akal tidak sekali datang.........

Nilai kehidupan.....

Tuesday, May 26, 2009

Bagi yang bekerjaya nilai kehidupan mereka berbeza-beza....
Bayangkan dalam kesibukan bekerja ,pelbagai bebanan lain yang terpikul di bahu kita...tak terucap dek kata-kata..tak tertulis dek mata pena....
Nilai kehidupan berbeza antara manusia....
Ada yang menilai kehidupan dengan hanya berkata-kata......
Ada yang menilai kehidupan dengan hanya mengurus diri sendiri.....
Ada yang menilai kehidupan dengan hanya membanding-banding.....
Ada yang menilai kehidupan dengan hanya berbangga dengan prinsip diri..
Ada yang menilai kehidupan dengan gah diri....
Ada yang menilai kehidupan dengan hanya berprasangka ....
Ada yang menilai kehidupan dengan sentiasa menyanggah.....

Pada aku nilai kehidupan adalah sesuatu yang unik....
Selagi kita bernyawa hargailah kehidupan.....jadikanlah setiap detik itu detik yang paling menggembirakan dalam kehidupan...
dan yang pasti biar ikut resmi padi...semakin tunduk semakin berisi..atau
biar bak kata pepatah di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung......

Indahnya kalau..berkalau-kalau......

Kalau aku menjadi bulan akan kusinari malam sentiasa...
Kalau aku menjadi awan akan kulindungi manusia di dunia....
Kalau akau hartawan dunia akan kukutip jalanan semua...
Kalau aku papa kedana akan kujadi insan berguna....
Kalau aku pemimpin akan kupimpin rakyat jelata...
Kalau aku alim ulama akan kupimpin manusia ke jalan kebenaran....
Kalau aku ............hakikatnya pabila tiada kalau....
Yang diamanah tidak terlaksana.........

Yang pasti jangan kita berkalau-kalau.......
Ha..Ha....hanya jauhari yang mengenal manikam...

Kenangan yang mencuit rasa....

Friday, May 22, 2009

Tercuit rasa bila ....teringat memori menjadi guru biasa...
Tercuit rasa bila.....teringat memori menjadi bangla pemborong kain...
Terciut rasa bila....teringat memori menjadi penjual dagangan....
Terciut rasa bila .....teringat memori menjadi caterer jamuan...
Tercuit rasa bila .....teringat memori menjadi pengacara semasa.....
Tercuit rasa bila.....teringat memori menjadi macam-macam rasa...
Kadang-kadang terlupa... rupanya hanya guru biasa....

Tapi itu hanya memori indah yang semakin ditinggalkan...
Kini...Tiada lagi rasa ....jadi bangla.. atau jadi cashier...atau jadi pembantu rumah...atau jadi ape-ape jelah.......

Kini cabaran semakin menyerlah........pemikiran terpaksa bercambah....tindakan adakalanya disanggah.......tugasan bertambah-tambah.....tapi yang pasti ...ketawa masih berdekah-dekah...ha..ha......

Ha..ha... Tahniah Mr Y....

Thursday, May 21, 2009

Tahniah Mr Y kerana sudah melangkah setapak lagi.....

Bait-bait Mencuit Rasa Sempena Sambutan Hari Guru

Tuesday, May 19, 2009

Kata Azhar..
Guru bukan macam papan skate..belum main ,gilap..Dah main ,pijak
Guru bukan macam bola sepak..belum dapat kejar.. dah dapat tendang..
Guru bukan macam bulu tangkis..belum main pegang.. dah main pukul..
Guru ibrat bola RAGBI..Belum dapat rebut..Dah dapat lindungi..
Guru macam jari..Lukanya sembuh sendiri.. Tapi hilangnya tiada ganti...

AJ kamu memang mencuit hati...
Kalau 2008 adalah tahun yang agak mengecewakan..,
Tapi tahun ini cikgu tak sangka kamu sangka berlaku demikian..
Bukan mudah bagi insan yang bergelar lelaki berbuat demikian..
Adakah itu hanya lakonan semata-mata....
Tepok dada tanya selera....

Batch Meranti 0509..
Sungguh di luar dugaan.....
Persembahan tahun ini adalah antara yang menarik dan menyentuh perasaan selepas batch Mentol.....
Persembahan dikir barat jelas lahir dari penghayatan dari dalam diri...
Menghayati persembahan dari setiap individu menjadikan diri terleka dalam keasyikan melihat kesungguhan setiap pelajar yang mengambil bahagian......

Bayangkan kalau itu boleh diaplikasikan dalam menimba ilmu seharian.....

Setiap hari guru pasti ada aktiviti guru.....
Dan yang pasti tahun ini entah kenapa diri semakin lupa diri sementara......
Kenapa.....kerana inilah harinya kita mendapat sedikit kegembiraan bersama rakan-rakan dan pelajar...
Kesian adinda Esh sampai mati lipas dalam bakul......

16 Mei.....

Saturday, May 16, 2009

Istimewanya 16 Mei apabila....

Kata Hasnan..
Saudaraku, guru yang sederhana memberitahu,
Guru yang baik menerangkan,
Guru yang lebih baik menunjukkan,
Guru paling hebat memberikan inspirasi..

Kata Asnawi..
Selamat Hari Guru ..terima kasih untuk segalanya

Kata R.Aina..
Semoga sihat dan dapat rezeki yang berkat,dirahmati dan dimuliakan..

Kata Helmi..
Selamat Hari Guru Thanks and mintak maaf atas segala salah silap. harap cikgu happy dan bahagia

Kata Zailinizar...
Saya nak ucapkan selamat hari guru kat kakak-kakak yang kusayangi.Terima kasih saya ucapkan atas nasihat dan teguran yang telah diberikan.Semoga Tuhan membalas segala kebaikan yang kakak lakukan n memberi kekuatan untuk mendidik anak-anak Sdar.

Kata Azlan Daud..
Selamat Hari Guru..Terima kasih atas tunjuk ajar sdan nasihat cikgu...

Kata Harith...
Selamat Hari Guru buat guru yang tersayang..

Kata Azim...
Happy teachers day..Thanks for everything.The support,motivation n lots more. Without u,I not be the person I am right now...

Kata Mariana..
Mak cakap CIKGU macam MEGI,makanan rutin time Shh,
Ayah cakap CIKGU macam D'SEEKERS, menakutkan,
atuk cakap CIKGU macam ASTRO macam-macam ,
tapi saya cakap CIKGU macam D'LOREAL, kerana dirimu begitu berharga... Selamat Hari Guru..

Kata Saleh..
Selamat Hari Guru, semoga dikurniakan kekuatan untuk terus menabur bakti mendidik anak bangsa..

Kata Halimah...
Walau sebesar kuman jasamu tetap dikenang,teruslah berbakti kepada pelajarmu demi agama, bangsa dan negara.. SElamat Hari Guru..

Kata Aiman Fahmy..
Selamat Hari Guru.Moga sabar dalam melayan kerenah budak-budak Sdar..

Kata Fairul Syafiq..
Selamat Hari guru,2 3 ular dipalu,semoga cikgu ceria selalu..

Kata Izzad...
Good teacher explains..Better teacher demonstrates..Best teacher motivates. Great teacher inspires. You are a GREAT TEACHER. Happy Teachers Day...

Kata Azzairie..
Selamat Hari Guru bu.....

Terasa indahnya bergelar seorang guru.....Walaupun satu masa dulu aku tertanya-tanya
mengapa perlu aku menjadi guru........

Bayangkan mana ada pekerjaan yang rakan akrab sejawatnya melebihi 50 orang dalam satu jabatan....

Tatapan buat anak didik 2009

Friday, May 15, 2009

Kejerihan menjadi pos woman dari kelas ke kelas hari ini terubat pabila ramai juga aku kira masih menghargai ilmu isu semasa......
Walau harga majalah-majalah ilmiah yang kuedarkan hari ini sebenarnya mampu dibiayai oleh sebilangan besar anak didikku namun pihak sekolah telah membelikan mereka percuma walaupun setiap kelas hanya dibekalkan hanya senaskhah setiap majalah..
Sejauh mana mereka melihat ini satu kasih sayang pendidik kepada anak bangsanya?
Aku kira tidak ramai yang merenung sejenak apakah perlunya Dewan Masyarakat,Dewan Ekonomi,Dewan Siswa, Jr Statements,MEP ini kepada mereka?
Adakalanya terfikir juga perlukah kita berbuat sesuatu sedangkan apa yang kita buat tidak berbaloi.....
Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit..........
Ilmu yang diperoleh tidak akan datang secara bergolek sendiri....
Sedar tidak sedar proses pembelajaran sentiasa berlaku ...bukan hanya dalam pengajaran dan pembelajaran.....
Fikir-fikirkan......anak-anak didik yang tersayang....

Remeh tetapi menjejaskan imej...

Thursday, May 14, 2009

Kemajuan bertaraf dunia..... perjalanan kita masih jauh lagi..
Berakhlak mulia..........juga kita masih jauh lagi
Berfikiran matang.......kematangan itu juga masih jauh lagi..
PR yang bagus......juga masih masih jauh lagi.....
Jadi sebenarnya kita berada di tahap mana???????

Yang pasti insan hari ini terlalu kebendaan dan terlalu mementingkan diri sendiri.....
kalau tidak takkan parking keretapun nak minta diajar......jalan utama jangan parking....
sesungguhnya kesedaran sivik orang kita masih jauh lagi...

Peringatan buat insan-insan yang mempunyai kereta......sentiasa gunakan otak kalau nak letak kereta......heh..heh....

Kenapa guru lelaki kurang minat menjadi guru.................

Wednesday, May 13, 2009

Senario kekurangan guru lelaki bukan sahaja dihadapi oleh negara ini namun turut dialami di kebanyakan negara di dunia. Mengikut Australia Bureau of Statistics, guru lelaki hanya menyumbang kepada 30 peratus profesion perguruan dari tahun 1997-1998. Di England, keadaan yang serupa berlaku sehingga banyak kempen dilakukan untuk menarik minat kaum lelaki untuk menyertai bidang ini. The Teacher Training Agency telah menjalankan kempen supaya kaum lelaki menjadi guru terutama di sekolah rendah. Namun hasilnya masih lagi tidak memuaskan.

Kira-kira 70 peratus daripada 289,766 jumlah keseluruhan guru di negara ini adalah dari kalangan wanita. Keadaan ini boleh menyebabkan negara menghadapi masalah kekurangan serius guru lelaki dalam tempoh beberapa tahun lagi sekiranya langkah-langkah segera tidak diambil. Ini menyebabkan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Kementerian Pelajaran melonggarkan syarat kelayakan akademik sebagai langkah drastik untuk membolehkan lebih ramai lelaki memasuki maktab perguruan di seluruh negara.

Banyak pihak tidak menyokong akan cadangan ini termasuklah mantan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Hishammuddin Tun Hussein kerana langkah ini dilihat sebagai boleh merendahkan martabat profesion perguruan.

Mengapakah lelaki amat kurang berminat dalam bidang ini? Tentunya pelbagai faktor yang turut menyumbang kepada senario ini. Satu kajian mengenai motif untuk mengajar telah dilakukan oleh Zainal Abidin Sarji (1975). Mengikut kajian beliau, motif yang paling utama bagi pelatih-pelatih guru perempuan ialah mereka memang bercita-cita untuk mengajar diikuti oleh faktor ekonomi - gaji. Berbakti kepada masyarakat dan negara merupakan motif yang ketiga. Motif-motif lain ialah cuti panjang dan waktu kerja yang pendek, suka bekerja dengan kanak-kanak, prospek kerjaya yang bagus, kerja yang menarik dan juga faktor pengaruh.

Berbanding dengan guru pelatih lelaki, mereka lebih mementingkan kewangan. Matlamat-matlamat di atas mungkin boleh mewujudkan perbezaan sikap antara mereka terhadap kerjaya sebagai guru.

Antara faktor yang dilihat sebagai pembatasan penyertaan lelaki dalam bidang perguruan ialah faktor status sosial yang rendah terutama bagi guru lelaki. Gaji yang tidak memadai jika dibandingkan dengan tugas yang dijalankan dan bidang kerjaya yang terhad terutama sekali bagi mereka yang tidak berminat dalam bidang pentadbiran juga menyumbang kepada penyebab kekurangan guru lelaki dalam profesion ini.

Kajian oleh Collins (1994) menunjukkan sebanyak 47 peratus memilih profesion perguruan kerana cuti yang menarik. Sementara 32 peratus menekankan sebab suka bekerja dengan orang muda dan 22 peratus mengatakan peluang meneruskan pelajaran dalam bidang akademik. Ada juga yang memilih kerjaya guru kerana tiada pilihan lain. Belia dari kawasan luar bandar menunjukkan mereka lebih cenderung untuk memasuki bidang perguruan berbanding dengan belia dari kawasan bandar.

Hasil satu kajian yang dilakukan di Australia menggariskan beberapa langkah yang boleh diambil untuk menangani masalah kekurangan guru lelaki. Antara lainnya ia mencadangkan agar melihat apakah masalah yang dialami oleh guru lelaki yang menyertai bidang ini.

Status bidang perguruan perlu dipertingkatkan di mana ia perlu dijadikan lebih menarik terutama bagi kaum lelaki. Kerjaya guru perlu dijadikan sebagai satu kerjaya yang menarik dan berupaya menggalakkan peluang-peluang kenaikan pangkat. Selain itu, faktor-faktor yang berkaitan dengan pemilihan kemasukan ke dalam bidang ini juga perlu disiasat. Strategi menarik lebih ramai guru lelaki ke dalam profesion ini perlu difikirkan. Kempen menarik minat kaum lelaki menyertai bidang ini juga perlu dijalankan.

Hakikatnya, guru lelaki (dengan jumlah yang seimbang) boleh sama-sama berganding bahu dengan guru wanita untuk menjadikan persekitaran pendidikan menjadi lebih baik, kondusif, sesuai, berimbang supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih ceria.

Membentuk Malaysia yang gemilang, cemerlang dan terbilang memerlukan komitmen kaum lelaki dan wanita. Salah satu cara yang paling berkesan ialah melalui proses pendidikan.



Hrmm... bagaimana pandangan anda?

Tips Pengurusan Kelas

Kali ni saya mahu berkongsi dengan anda tentang tips untuk cikgu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih selesa menurut pandangan Dr. Fred Jones :

1. Wujudkan minat dalam diri anda terhadap pelajar. Guru perlu memiliki minat yang tulen terhadap pelajarnya. Terdapat dalam keadaan tertentu, guru memaksa diri untuk cuba meminati pelajar-pelajar di dalam kelas yang dianggap sebagai ‘bermasalah’, namun lama-kelamaan perasaan itu menjadi sesuatu yang benar, tulen dan ikhlas. Dengan itu cikgu akan kerap memberikan pujian dan kata-kata peransang kepada pelajar-pelajar. Guru juga harus kerap berkomunikasi/berinteraksi dengan pelajar secara individu dan bukan hanya berkumpulan sahaja.

2. Nyatakan peraturan kelas dengan jelas. Guru perlu melaksanakan peraturan kelas dengan adil dan konsisten.

3. Cuba fahami pandangan pelajar. Cikgu perlu meletakkan dirinya sebagai pelajar dan cuba melihat sesuatu dari sudut pandangan pelajar.

4. Guru juga manusia. Oleh itu, seharusnyalah sebagai seorang guru mengaku kesilapan yang mungkin dilakukan ketika menjalankan tugas. Gunakan pendekatan humor jika perlu bagi menarik perhatian pelajar dan mengurangkan ketegangan.

5. Minimumkan jurang atau jarak dengan pelajar. Sentiasa duduk di meja guru atau berdiri di belakang pelajar hanya mewujudkan jurang antara guru dan pelajar. Pelajar akan membuat tanggapan bahawa cikgu sengaja tidak mahu mendekati mereka.

6. Selesaikan masalah pelajar dengan segera. Ini dapat mengelakkan sesuatu masalah itu ‘berjangkit’ dan berlanjutan sehingga mungkin menyulitkan keadaan.

7. Gunakan kaedah berkumpulan (collaborative). Guru memberikan peluang kepada pelajar membuat keputusan di dalam kelas. Berikan kefahaman kepada pelajar bahawa kelas itu adalah ‘kelas kita’ dan bukan ‘kelas saya’. Wujudkan sikap kekeluargaan di dalam kelas.

Suasana kondusif sangat penting untuk mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Tema Hari Guru Yang Perlu Kita Hayati Bersama

2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

Hairan bin ajaib

Hairan bin ajaib apabila terjadi keluarbiasaan pada satu-satu tindakan...
Hairan bin ajaib apabila gurauan menjadi kesakitan...
Hairan bin ajaib apabila keterasingan menjadi kemesraan...
Hairan bin ajaib apabila tindakan menjadi sendaan....
Hairan bin ajaib apabila tiba-tiba kebiasaan tidak lagi menjadi rutin kehidupan....

Ha..ha... hanya jauhari yang mengenal manikam....
atau ada udang disebalik........

Suatu kejauhan....................

Monday, May 11, 2009

Air yang dicencang tidak akan putus.....................
Sebusuk-busuk daging, dibersih akhirnya dimamah jua......
Itu suatu kepastian.....
Tapi....
Adakalanya insan menjadi alpa pabila dikaburi dengan harta...
Sebaik-baik insan ...... pasti akan leka.....
Pabila terleka.... bicara tanpa diminta..
Ada kalanya bicara itu menguris ...
Kerna harta menjadi kuasa....
maka.....
bermulalah suatu kejauhan..
pabila cuba ditaup semula ...
sukar menjadi mesra.....
kerna aku sedar aku siapa.......
cuma melukut di tepi gantang...

dan aku pasti tiada siapa yang sedar akan kejauhan ini....

Ha....ha...satu cubaan menjadi penulis terkenal......kerjaya baru...

Jangan cepat melatah..........

Kesempatan untuk berbual seketika dengan 2 orang pelajar 5R hari ini memberikan kelapangan kepada kerumitan mencari penyelesaian kepada kematian jiwa insan yang masih lagi bernafas.....Jelas ada program yang kadangkala kita rasakan hanya pengisian yang lewah...tetapi sebenarnya pengisian itulah yang menjadi pemangkin kepada penerusan hidup yang kian mencabar....

Anak-anak terbilang ini adakalanya perlu kepada pengisian yang lebih advance supaya minda mereka lebih tercabar....... Tugas ini ada kalanya tidak tergalas dek kita sahaja....... masyarakat perlu memainkan peranan dalam membentuk generasi yang berwawasan bukannya sekadar memperoleh 91A.
Tahniah BTN..........

Shh...Shh...Apa dah jadi...

Shh..... Apa dah jadi.....
Ada hikmah disebalik kejadian......
Apa yang penting kerjasama........(baca ini ikut nada lagu)

15 Rahsia Senyum dan Tawa

Sunday, May 10, 2009

Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan?
Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu , tentu ada orang di sekeliling akan mengganggap anda seorang yang "superperson".Tahniah!!
Bersedih tentu saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah "Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.

Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putus ditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis?
Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Pada ketika kita bersedih, menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.

15 fakta menarik tentang SENYUM :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi rakan taulan sekalian, jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

* Sumber - majalah MIDI edisi Mei 2006· Diposkan fattah pada December 31 2008 14:22
Diperoleh dr laman PPD Pendang....

Apa Nak Jadi ... Bengkel kereta atau Bengkel .....

Apa nak jadi kalau buat sesuatu kerana terpaksa....
Apa nak jadi kalau rela diri diperhambat seperti lembu.....
Apa nak jadi kalau suka mendabik dada.....
Apa nak jadi kalau asyik nak mengata.....
Apa nak jadi kalau sentiasa berpura....
Apa nak jadi kalau sentiasa tidak menurut kata...
Apa nak jadi kalau sentiasa tidak bersedia....
Apa nak jadi kalau tidak membuka mata...walau emas di depan mata...

Tepuk dada tanya selera........

Pesanan buat Dinda

Wednesday, May 6, 2009

Dinda, kalau lautan itu dalam kita sudah ada kemudahan bot laju ...
kalau daratan itu luas kita sudah ada tranport laju dan moden.....
kalau tambangnya tidak kita mampu kita sudah Air Asia...
kalau kita segan kita sudah ada sms untuk mengatasinya...
kalau kita bosan kita ada teman untuk berbicara.....
Kalau kita ada cerita... hidup akan menjadi ceria...
kalau cerita itu cerita kita .......kita tahu apa maksudnya....
Cuma walau apapun kalaunya.....dinda jangan cepat terpedaya.....
Ikut resam kanda ......ha...haaa...

Eish...........

Tuesday, May 5, 2009


Tetiba aku terasa ingin mencari telapak baru!!!!!!??????............

Dunia Keikhlasan

Monday, May 4, 2009

Di mana letaknya keikhlasan kalau tindakan berbaur ganjaran...
Di mana letaknya keikhlasan pabila lidah tidak bertulang.....
Di mana letaknya keikhlasan pabila manis senyuman pahit tindakan...
Di mana letaknya keikhlasan pabila tindakan minta arahan.....
Di mana letaknya keikhlasan pabila senyuman berbalas senyuman....
Di mana letaknya keikhlasan pabila kedudukan menjadi ukuran....
Di mana letaknya keikhlasan pabila insan tak faham akan tindakan...

River Cruise Melaka

Sunday, May 3, 2009



Kesempatan merehatkan diri dari kesibukan tugas harian ........menjauhkan diri dari kerendahan diri yang semakin terasa..........menenteramkan diri dari hajat yang tidak kesampaian.......ha...ha...

Wajah-wajah keriangan pelajar cemerlang SPM 2008 Sdar





Bayangkan kalau 2009 wajah-wajah ceria ini berlipat kali ganda.......

Hari Kebebasan

Thursday, April 30, 2009

Yahoo 1 Mei kembali lagi ..... Apa lagi inilah waktunya untuk kita merehatkan diri ............Cuma Selamat berehat buat teman tersayang...... sian dia.... dah makan ubat belum...... n selamat bercuti rehat...........

Terpinggir atau Tercabar

Terpinggirkah aku kalau aku tidak seperti mereka.....
atau .....
Tercabarkah aku kalau aku tidak seperti mereka....
atau.......
aku memang ditakdirkan sentiasa terpinggir dan tercabar.....
Sesungguhnya sukar untuk meluahkan apa yang dirasa..........

Belakang Tabir Cetusan Rasa Nukilan Hati

Aku baru sahaja selesai menguruskan majlis anugerah kecemerlangan pelajar. Terpandang penerima anugerah keseluruhan teringat cerek yang hilang...... teringat peristiwa penantian berjam-jam kerana menyiapkan tugasan.....teringat mereka yang telah banyak membantu menyiapkan buku yang sampai kini tidak ramai yang menghargainya........
Terima kasih Azim...terima kasih Alif.... terima kasih Hafiz dan terima kasih kepada pelajar-pelajar yang secara langsung dan tidak langsung yang telah membantu cikgu menyiapkan buku sensasi ini......Susah nak cari pelajar-pelajar seperti kamu yang sanggup bersusah-payah tanpa meminta-minta.......Kami semakin ketandusan pelajar-pelajar yang sanggup bersusah-payah bersama-sama cikgu................

Ayat Aktif,ayat pasif dan 5H

Tuesday, April 21, 2009

Ayat aktif ,ayat pasif dan kelas 5H.........Kelas tambahan yang menghiburkan.....
Akan kupastikan setiap insan di dalam kelas ini memperoleh 1A..........

Di mana silapnya.....

Monday, April 20, 2009

Di mana silapnya pabila pelajar masih tidak faham-faham pentingnya persediaan rapi pengucapan umum di perhimpunan rasmi......
Di mana silapnya pabila pelajar mula tidak bersahsiah..............
Di mana silapnya pabila pelajar telah mula hilang adap sopannya......
Di mana silapnya pabila pelajar sentiasa tak kisah.......
Di mana silapnya pabila program akademik kurang mendapat sambutan....sedangkan program huhah......tak payah peraturan atau hebahan.....
Di mana silapnya pabila guru sudah tidak kisah....
Di mana silapnya pabila kita sentiasa bersanggah......
Di mana silapnya pabila tidak endah akan kebersihan sekitar....
Di mana silapnya pabila kita mula berkira-kira dan berkira.....
Ha....ha.. tepuk dada tanya selera........

Antara Keegoan dan Hipokrit

Sunday, April 19, 2009

Banyak persamaannya antara ego dan hipokrit......Aku terhibur dengan angkara ego dan hipokrit..... yang kadang-kadang menyerlahkan kelemahan sendiri ...ha..ha....

Bayangkan ......


Bayangkan kalau aku ......

Ha...Ha...Form Five.....

Wednesday, April 15, 2009

Sudah sekian lama aku tidak mengajar pelajar tingkatan lima.... aku semakin terhibur dengan karenah anak didikku.......... Gelagat pak r yang selalu bermimpi..... gelagat pak kojak-kojak yang menghiburkan.........gelagat anak mentee semakin jarang aku dekati........dan yang paling lawak apabila mereka mula mengutip markah demi markah ........ ha.....ha..... baru sedar BM penting ............................

Antara Eco Resort, Singapura dan Vietnam

Sunday, April 12, 2009






Sebut sahaja Eco Resort aku teimbau peristiwa menjadi pelarian di lebuh raya.....Sebut sahaja Singapura aku tergenang airmata...........Sebut sahaja Vietnam tiba-tiba migrainku muncul semula..........Sebut sahaja kluster ............aku mengenal manusia...............................

Mac 2009

Bulan Mac 2009 banyak memberikan pengalaman kepadaku ........Aku sudah semakin belajar untuk menyayangi insan di sekelilingku ...........Sudah hampir 17 tahun aku sukar untuk setia kepada kenangan dan ikatan persahabatan........Peristiwa yang berlalu aku biarkan bagai angin lalu agar kenangan ,pengalaman tidak menjadi kenangan yang bakal menghimpit perasaan.Sudah sekian lama aku menyimpan dendam yang tidak pernah padam dan memegang janji yang masih belum terurai........
Namun aku semakin sedar manusia memang hipokrit.......mahu tidak mahu kita pasti mengharung semua keadaan. Ada masanya kita ketakutan tetapi semangat menyelamatkan kita....Ada masanya kita kepenatan tetapi teamwork menyelamatkan kita.....Ada masanya kita kebuntuan tetapi musyawarah menyelamatkan kita.......Ada masanya kita hilang punca tetapi Allah Maha Kuasa .........

Aku kembali......


Setelah begitu lama aku menghilang .........aku kembali membawa seribu satu cerita kehidupan yang semakin menghimpit bagi mereka yang rasa terpinggir ............

Minggu Kertas Kerja

Sunday, February 15, 2009

Hari demi hari aku semakin dihimpit dengan tugasan yang akan selesai entah bila........... Masing-masing rakanku mengeluh akan kesibukan diri.......Aku....????!!!!!!!Sebenarnya apa itu kluster.......?????!!!!!!!

Akukah itu?

Saturday, February 14, 2009

Akukah itu yang semakin keliru .....................Akukah itu yang semakin hilang dalam kesibukan dunia........Akukah itu yang semakin kehilangan dalam dunia nyata .....................atau akukah itu yang semakin keseorangan dalam keriuhan lautan manusia ..............................atau akukah itu yang kehilangan meskipun nyata tidak apa-apa.....................................

2009

Tuesday, February 10, 2009

Hari ini sudahpun lebih sebulan kita melalui tahun 2009. Kesibukan menjalankan tugasan harian menyebabkan aku semakin tidak punya masa untuk berkongsi cerita .....

Walaupun waktu aku menulis ini kita baru berada pada tanggal 10 Februari tetapi aku merasakan sudah begitu lama bekerja seolah-olah sudah sampai ke bulan November.........

Walaupun bulan masih muda tetapi mungkin kerana usia semakin meningkat menyebabkan aku seolah-olah sudah berada di penghujung .......aku semakin penat dengan kerja yang tidak pernah berkurang.....aku semakin bosan dengan kehidupan yang semakin statik........ aku semakin jemu dengan rutin kehidupan yang sentiasa menuntut pengorbanan.......aku semakin keliru dengan kehidupan yang penuh ranjau yang aku tak pasti akan bertahan sampai bila.........