Apabila Lidah tidak bertulang..........

Saturday, June 20, 2009

Aku terkedu........apabila anak yang diasuh seperti kacang lupakan kulit...
Aku terkedu...... apabila anak yang diasuh menggigit jari yang memberikan suapan...
Aku terkedu.....apabila anak yang dulunya tidak punya apa-apa..diasuh...disuap tetapi akhirnya menghamun ibu sendiri.....
Aku terkedu......apabila penilaian dibuat berdasarkan apa yang tersurat...tiada siapa yang tahu apa yang berlaku di belakang tabir.....
Aku terkedu .....apabila disangka tidak memberikan apa-apa sokongan sedangkan keistimewaan yang dihamburkan semuanya berpunca dari yang satu.......
Tiada siapa yang tahu dek kerana kesedaranlah ....debat diklusterkan ...kalau tidak sampai hari ini kita langsung tidak ada keistimewaan jangankan bilik,rak ,baju atau bas ,guru penasihat pun belum tentu ada.....

Cakap siang pandang-pandang,cakap malam dengar-dengar.......
Kita belum cukup dewasa untuk terlalu cepat melatah.......
Dalam proses mencari kemenangan sudah tentu banyak ranjau yang perlu kita rempuh....Anak -anak bangsa hari ini adalah anak-anak bangsa terlalu mudah lupa..... alpa dengan segala kemewahan, keistimewaaan, apalagi kita memang sukar untuk melarikan diri daripada menjadi masyarakat subsidi.........Dek kerana inilah sukar untuk kita mencapai kejayaan yang jitu......Kita selalunya sentiasa menuding jari kepada orang lain apabila kita tidak berjaya dalam sesuatu perkara.........jarang muhasabah diri ........

Antara Destinasi dan Perjalanan...

Memang tidak dapat dinafikan kejayaan sesuatu pertandingan akan diukur dengan kemenangannya di dalam pertandingan...Apabila kemenangan dicapai kita akan disalut dengan pujian ,penghargaan dan pelbagai lagi bentuk ganjaran yang pastinya menghilangkan kepenatan untuk memperoleh kemenangan itu...Dan apabila kita tidak mencapai kemenangan kita tidak akan dapat lari dari dipersoalkan kenapa kita tidak memperoleh kejayaan... Bagi pasukan yang bertanding menggunakan tenaga fizikal ....pemain dapat dibentuk melalui latihan intensif di padang dan dapat ditingkatkan lagi dengan sokongan moral daripada dalam dan luar emosi.Namun bagi pasukan yang memerlukan kemahiran berkomunikasi yang tinggi gabungan bakat dan latihan amat perlu dalam proses membentuk keupayaan seseorang dalam menyampaikan hujah.....Kecekapan menyampaikan hujah bukan satu-satunya dimensi yang diukur untuk mencapai kejayaan..... Pakej kecekapan mematikan hujah,pakej personaliti ,pakej lantunan suara dan pakej persepsi luar juga turut memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesuatu pasukan...Adakah ini sebagai satu luahan escapism kerana tidak menang? Sudah tentu tidak kerana.... aku pasti walaupun destinasi itu penting namun perjalanan ke arah destinasi itu lebih penting dalam menentukan kejayaan anak bangsa......
Oleh itu aku dalam proses mengumpulkan maklumat aktiviti serta kerjaya pendebat-pendebat sekolah supaya jelas dapat menjelaskan anak-anak debat mempunyai hala tuju kehidupan ....dan yang pasti penuh dengan informasi berkualiti dalam usaha membentuk masyarakat yang mampu berdayasaing diperingkat globalisasi dan tidak mudah untuk diperkotak-katikkan ...kerana mereka adalah masyarakat yang berinformasi , suka memproses ,tidak hanya menerima sahaja....satu masyarakat yang perlu wujud ...

Fuuh, Kembali Semula

Friday, June 19, 2009

Haah....kembali semula dengan seribu satu persoalan yang adakalanya mencuit rasa,adakalanya membosankan ,adakalanya mencabar diri dan adakalanya membakar diri. ...Namun walau apapun cabaran yang sedang dihadapi atau bakal dihadapi.... hidup mesti diteruskan.......dan pastikan perjalanan itu perjalanan yang menyeronokkan....................

Sembang-sembang petang....

Thursday, June 4, 2009

Aku suka bersembang...sembang-sembang petang....
Percutian adalah waktunya yang akan kugunakan untuk bersembang dengan jiran tetangga....tujuannya bukan untuk busy body tetapi mengetahui isu semasa persekitaran selain dari merapatkan hubungan silaturahim... kerana biasanya pada hari-hari persekolahan tiada waktu untuk bersembang ... apa tidaknya ....sampai di rumah badan dah letih....fikiran dah penat .. tak mampu untuk menambah lagi berita-berita yang remeh-temeh........
Hari ini baru aku berkesempatan bersembang...sembang-sembang petang......
Bayangkan dalam masa tak sampai pun lima belas minit aku memperoleh cerita merangkum enam bulan.... banyak yang aku ketinggalan rupanya.... seperti mana biasanya aku ketinggalan di sekolah.........
Nasib baiklah di kawasan aku ini ada informer ...jadi tak payah tanya ..berita akan terus dibacakan........seronok juga menganyam ketupat...tapi ehem seperti biasa ..aku hanya sebagai pendengar pasif...... tetapi realitinya aku sukar diperguna....dipengaruhi.. atau diperkuda kerana aku adalah aku.... hanya jauhari yang mengenal manikam........ha..ha.....

Madah Berhelah.....

Entah kenapa....aku sudah mula berkira-kira....sudah mula bermadah helah.....kerana pengalaman mengajar kita.....ada waktunya kita perlu bermadah helah.........kalau tidak ........manusia tidak mengambil kira perasaan orang lain....tetapi seperti kebiasaan......tidak akan ada yang perasan...ergh......

Sekadar Menilai Diri...

Wednesday, June 3, 2009

Sekadar Menilai Diri......
Rahsia Melalui Tulisan –oleh Dr Fazdzillah Kamsah

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
• Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
• Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
• Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
• Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
• Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
• Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
• Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
• Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
• Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
• Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
• Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
• Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
• Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
• Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
• Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Ha..ha.. sekadar berkongsi maklumat dan post mortem diri sendiri.......

Pentingnya kita menyelami sejarah.....

Rakyat tidak mudah lupa keganasan komunis
Oleh Mohd Ayop Abd Razid
ayop_60@yahoo.com
CHIN Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di No 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan, Perak. Beliau adalah bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM). Perjuangan revolusi (bersenjata) yang didokongnya banyak menumpahkan darah.

Tidak sedikit air mata yang mengalir, penderitaan, kesedihan, ketakutan dan trauma yang mendalam dialami rakyat akibat kekejaman komunis ketika zaman Darurat (1948-1960). Penduduk yang tinggal berhampiran kawasan hutan dan di estet getah seluruh negara berdepan dengan ancaman nyawa, harta benda dan tanaman mereka dimusnahkan.

Pastinya perajurit tanah air yang berjuang menentang komunis tidak dapat melupakan kezaliman dan kekejaman komunis. Selagi hayat dikandung badan, maka segala pengalaman itu tetap menjadi kenangan pahit buat mereka.



Manja Mohd Ludin dalam buku Psikologi Sosiologi dan Falsafah Dalam Pendidikan (DBP, 1990) mencatat seramai 1,883 anggota keselamatan terkorban dan 2,560 cedera. Ramai perajurit yang cacat kerana bertempur dengan komunis masih hidup hingga kini. Di kalangan orang awam pula, sebanyak 2,473 terbunuh , 1,385 cedera dan 810 ditawan komunis. Kematian pihak gerila komunis adalah 6,710 dan yang ditawan seramai 3,989 orang.

Elok rasanya kita menyingkap sekelumit sejarah pergerakan komunis di negara kita. Ideologi komunis mula menyerap masuk ke Tanah Melayu pada 1920-an. Melalui Biro Timur Jauh, ejen komunis antarabangsa (Comintern), terutama dari China dan Russia berjaya mempengaruhi kebanyakan pertubuhan buruh, kesatuan sosialis dan kesatuan pengguna yang kebanyakannya dianggotai kaum Cina.

Bahan penerbitan komunis seperti surat berita keluaran Rosita dan Delta News Agency, buku dan risalah komunis dari China dan Russia mempengaruhi kebanyakan orang Cina. Buku berjudul Komunisme dan Negeri China karangan Fung Tsz You adalah di antara buku yang dibaca.

Kelas malam yang wujud di Kuala Lumpur turut dijadikan markas penyebaran fahaman komunis. Pada Mei 1926, Kesatuan Sekerja Am Nanyang ditubuhkan di bawah pengaruh Communist International Trade Union Organisation (Profintern). General Labour Trade Union’ di Singapura turut dipengaruhi komunis.

Kedua-duanya mendalangi beberapa siri mogok sekitar 1920-an. Pada 1928 Parti Komunis Nanyang ditubuhkan dengan sayap utamanya Liga Anti Imperialis Nanyang. Akhirnya, atas arahan Commintern, maka PKM ditubuhkan pada 1930 menggantikan Parti Komunis Nanyang. Sayap pemudanya dikenali sebagai Malayan Communist Youth. Pada 1935, pemogokan pekerja didalangi komunis berlaku di Singapura dan Kuala Lumpur.

Ia menjadi serius pada 1937 apabila buruh estet getah dan bijih turut mogok menyebabkan ekonomi negara terancam. British di Tanah Melayu melaksanakan ‘Punishment Ordinance’ dengan menangkap pemimpin kesatuan buruh yang disyaki sebagai aktivis komunis. Namun, mereka terus berarak dan berdemonstrasi di Kuala Lumpur dan keadaan menjadi serius apabila buruh lombong arang batu di Batu Arang merampas lombong serta mengawal pengurusannya.

Ia akhirnya memaksa majikan bersetuju menerima beberapa tuntutan mereka seperti kenaikan gaji, syarat bekerja yang lebih baik dan kemudahan pekerja yang sewajarnya. Ketika Jepun menawan Tanah Melayu, PKM turut bangkit menentang Jepun menyebabkan British mengiktirafnya sebagai pertubuhan yang sah (1945-1948).

Sentimen anti-Jepun di kalangan orang Cina dan PKM mendorong mereka menubuhkan Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk menentang Jepun. Selepas tamatnya perang (16 Ogos 1945), MPAJA atau dikenali sebagai Bintang Tiga menguasai negara selama 14 hari dengan melakukan pelbagai kezaliman dan kekejaman.

Apabila British kembali pada awal September 1945 dan mengharamkan MPAJA, maka ahlinya menganggotai Old Comrades Association yang ditubuhkan akhir 1945. Di antara 1946-1947 terdapat hampir 300 pemogokan didalangi komunis.

Pada 1947, Chin Peng dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM. Beliau tertarik dengan pendekatan revolusi komunis di China pimpinan Mao Zedong. Pada 1948, PKM mengangkat senjata menentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menyebabkan British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960).

Perjuangannya bersarang di hutan belantara dengan melakukan serangan hendap serta menggunakan kaedah perangkap samar yang mengorbankan banyak nyawa dan kecacatan. Pada 1955, Chin Peng menolak perjanjian Damai Baling dan meneruskan perjuangan bersenjata dengan berselindung di sebalik nama Pembebasan Nasional Malaya (TPNM).

Pada November 1957 Persidangan International Communist Movement di Moscow mengiktiraf PKM sebagai parti komunis yang mewakili pertubuhan komunis antarabangsa di Tanah Melayu. Wakil PKM yang hadir dalam persidangan itu ialah Siu Cheong dan Musa Ahmad. Nama seperti Rashid Maidin, Musa Ahmad, Abdullah CD, Abu Samah Mohd Kassim, Shamsiah Fakeh, Ahmad Baki, Ali Majid dan Abdul Rahman membawa kita kepada persoalan mengenai pembabitan orang Melayu dalam perjuangan fahaman kiri ini.

Untuk mempengaruhi orang Melayu, komunis menerbit dan menyebarkan risalah dalam bahasa Melayu seperti Suara Boeroeh Malaya dan Ingatan. Mereka juga menubuhkan Jawatankuasa Tempatan Komunis dan Liga Anti-Imperialis.

Aktivis Parti Komunis Indonesia (PKI) juga digunakan untuk meraih sokongan orang Melayu dan orang Jawa di beberapa negeri. Apabila pemberontakan PKI (1926) gagal, ramai tokoh ternamanya seperti Tan Malaka, Hasanoesi, Alimen, Sutan Pateh, Moeso, dan Boedisoejitro melarikan diri ke Singapura dan Pulau Pinang.

Wakil PKM iaitu Rashid Maidin pernah hadir dalam persidangan Majlis Agama Tertinggi Malaya (MATA) di Maahad II Ihya As-Syarif, Gunung Semanggol pada Mac 1947. Beliau cuba membangkitkan semangat orang Melayu supaya menentang British melalui kekerasan tetapi usahanya gagal kerana ulama menolak perjuangan mereka.

Sekitar 1960-an, masih wujud usaha mempengaruhi orang Melayu melalui penubuhan beberapa sekolah tajaan komunis untuk orang Melayu tetapi gagal. Sekitar 1970-an, terdapat dua siri pembunuhan dilakukan oleh ejen komunis ke atas pegawai tertinggi Polis Di-Raja Malaysia iaitu Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim (1974) dan Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong (1975).

Tugu Negara juga turut dibom pada 1975. Komunis meletakkan senjata selepas diadakan Majlis Perjanjian Damai di antara Kerajaan Malaysia dan PKM di Haadyai, Thailand pada 1 Disember 1989.

Kesimpulannya, perjuangan komunis gagal kerana ia tidak mendapat sokongan orang Melayu yang berakidah Islam. Perjuangan komunis bukanlah satu sumbangan kemerdekaan tanah air kerana cita-cita PKM mahu membentuk sebuah Republik Komunis Tanah Melayu adalah satu bentuk penjajahan baru yang tidak dapat diterima sama sekali, khususnya di kalangan orang Melayu beragama Islam. Justeru, wajarkah satu perjuangan songsang diberi pengiktirafan di negara ini?

Penulis adalah Ketua Unit Komunikasi Media di Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

Fuuh, hari yang memenatkan......

Hari ini sungguh memenatkan....setelah sekian lama tidak mengadakan operasi pembersihan secara total .....percutian kali ini aku habiskan di rumah sahaja mengadakan operasi pembersihan...kitar semula.... baik pulih.... dan menghapus kira apa yang patut dihapus kira......... satu-satunya tugasan yang belum kubuat di bilikku di sekolah.... ha..ha...... nanti Zai ye.... tunggu.... mood aku datang...

Cuti persekolahan..........

Tuesday, June 2, 2009

Setiap kali tibanya cuti persekolahan dapat kita lihat kanak-kanak yang berkeliaran tanpa tujuan tanpa mengira masa........ Amat menghairankan apabila ada anak yang masih muda belia sudah pandai berbelanja di pasar raya mewah tanpa ditemani ibu bapa.... Amat menghairankan apabila ada muda yang masih muda belia sudah pandai berbelanja... membeli makanan sendiri.... Amat menghairankan apabila ada anak muda yang masih muda belia berpeleseran pada waktu malam lebih-lebih lagi pada waktu maghrib.,..... Amat menghairankan apabila ada anak muda yang masih muda belia.. tak tentu masa ada di taman permainan....... Amat menghairankan apabila tiba cuti persekolahan ibu bapa mula pening kepala sedangkan.... apabila musim persekolahan tiada ibu bapa yang pusing kepala ...kerana sudah tentu rasa keselamatan anak mereka terjamin di bawah jagaan.... Jadi ..... dimana silapnya apabila anak-anak muda yangf masih muda belia sudah mula engkar dengan kata-kata ibu bapa..........

Teruskan perjuangan ...

Monday, June 1, 2009

Walaupun HKSBP 2009 bukan milik kita pendebat-pendebat....cikgu harap kamu tidk cepat berpatah arah.....Sekalung penghargaan kepada guru-guru yang telah bertungkus-lumus menjayakan program memantapkan arena perdebatan pelajar...Terima kasih kepada jurulatih-jurulatih khususnya saudara Izzad yang cikgu kira tiada tolok bandingnya kerana sentiasa berada bersama-sama pasukan sekolah......

Perjuangan kita belum berakhir...Berhasil atau tidaknya sesuatu program itu tidak semata-mata bergantung kepada kemenangan dalam sesuatu kejohanan semata-mata..... tetapi proses untuk mencapai kejayaan itu yang sebenarnya mengajar kita erti kemenangan...Banyak yang perlu kita fikirkan bersama untuk mencapai kejayaan. .Banyak peristiwa yang mengajar kita tentang kejayaan...Apa yang penting teruskan berusaha....... kerana cikgu percaya dan yakin pada kebolehan kamu....