Antara Imbauan Lalu dan Hari Mendatang

Sunday, December 28, 2008

Hari berganti hari waktu berganti waktu. menjadi lumrah alam tahun turut berganti tahun. Awal Muharram menjelma lagi dalam kalender Islam dan tahun baru kan tiba bagi memulakan sesi 2009. Aku ............ masih aku yang dulu.......terlalu banyak memori yang ingin kukongsi bersama tapi...........biar ombak bergelora biar gunung api meluahkan larvanya..........namun memori akan kupendam ............kerana aku tak pasti pada ketulusan hati yang menerima ........Adakalanya aku terfikir apakah sumbang langkahku sehinggakan aku terpaksa mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba dan aku terpaksa sentiasa bersandiwara...............Namun harapanku setiap tahun hidup mesti diteruskan walau bagaimana ....yang penting keluargaku ................walau mimpi semalam ,harapan semalam semakin menghimpit rasa.........

Tahun Baru

Antara kereta sendiri,bas ,komuter dan LRT

Friday, December 12, 2008

Dalam kehidupan, kita dipenuhi dengan pelbagai aksi kepelikan.Apabila kita dibendung kemiskinan kita mendambakan kemewahan. Apabila kita dibendung keselesaan kita mendambakan sesuatu yang lain kononnya kita dirundung kebosanan................Maka bagi menimbulkan sesuatu kelainan maka aku bercuti dengan hanya meneroka alam baru menaiki bas,komuter dan LRT bagi memberikan pengalaman yang kononnya amat menyeronokkan putra dan putriku.Aku sejujurnya lebih selesa dengan keretaku sendiri tetapi anak-anakku lebih menghargai bas,komuter dan LRT walaupun terpaksa berhimpit dengan ratusan insan yang baru balik dari pejabat. Alangkah menghairankan.............Begitulah ragam manusia ........Lebih menghargai yang lain daripada di depan mata ...........................

Perancangan strategik

Friday, December 5, 2008

ha....ha...... perancangan strategik ...........Tahniah sahabat kerana telah berjaya menghasilkan PS lebih awal .......Aku .....Kita raya dulu ......

Memori yang kutinggalkan ........

...........Entah kenapa semakin usia meniti dewasa semakin memori yang kutinggalkan mengimbau duka .................2008 mencatat sejarah merealisasasikan mimpi semalam ........itulah kehidupan yang kita sendiri tidak dapat menjangkakan di mana penghujungnya.........

Hari Persahabatan Sedunia

Tuesday, December 2, 2008

Persahabatan itu seperti tangan dan mata .Saat tangan terluka,mata menangis.Saat mata menangis tangan menghapuskannya."Selamat hari Persahabatan Sedunia."Terima kasih sahabat.........Ada kalanya sahabat menjadi penawar di kala duka, dan menjadi pendorong di kala kebuntuan. Semakin waktu berlalu semakin aku menghargai nilai persahabatan.......
Sesungguhnya nilai persahabatan sukar dimengerti ..............

Tahukah anda?

Kita asyik membicarakan 3 kelompok masyarakat yang terbesar di negara kita. Sedarkah kita berapa banyak suku kaum yang terdapat di Malaysia? Hari ini baru kusedar terdapat 214 suku kaum di bumi bertuah ini? Mampukah kita meneruskan tanggungjawab untuk memastikan keharmonian kita berkekalan? .........................