Sahabat

Sunday, November 30, 2008

Hi sahabat.Selamat Bercuti. .........

Warisan0408

BH mengingatkan ku kepada anak-anak didikku yang semakin dewasa.BH mengingatkanku akan karenah anak didikku yang sukar untuk dimengertikan.Jamuan makan malam akhir lalu menggambarkan mutiara yang semakin bergemerlapan.Tahniah kalian telah mengsyahdukan kami.Moga kalian akan sentiasa menjadi mutiara yang bergemerlapan ............Tahniah wahai pendebat ....... puisi -puisi itu telah disampaikan dengan cara yang yang begitu berkesan bagi mereka yang menghayati...............

Lembaran Baru

Saturday, November 15, 2008

Setiap insan berhak menentukan kehendak diri.....Ada kalanya kehendak diri terpaksa dibuat berdasarkan diri sendiri atau kehendak orang lain atau saja-saja untuk menguji takdir yang kita sendiri tidak dapat memastikan ketentuannya..........Teman ...........walau apapun sebabnya setiap insan akan mempunyai perjalanan sendiri dan menempuh pengalaman yang hanya kita sendiri yang dapat memahaminya,,,,,,,Cuma satu harapan ...........moga 2009 menjanjikan lembaran baru yang bakal memenuhi harapan ............namun walau seribu satu macam ragam dunia ..........tanggungjawab kita kepada anak bangsa dan bumi bertuah ini jangan diabaikan........

Memenuhi kehendak hati

Thursday, November 13, 2008

Kita sering kali menyalahkan pihak lain apabila berlaku kegagalan..... Kita juga sering berpaling apabila pelaksanaan tidak memenuhi kehendak diri.Kita sering mencari pengaruh apabila kita sedar kita tidak diperlukan .............Kita sering kali mencari alasan demi alasan untuk memperlihatkan kesahan diri sendiri............... Sedarkah kita apa yang sebenarnya telah kita lakukan demi mencapai apa yang tersirat di hati................

Perjuangan yang belum selesai

Wednesday, November 12, 2008

Ada yang berpendapat apabila berakhirnya peperiksaan maka berakhirlah tanggungjawab seseorang itu tidak kira sebagai seorang pelajar ataupun sebagai seorang guru. Namun sebagai seorang remaja tanggungjawab tidak pernah berakhir.... .Tidak ramai yang sedar sebagai seorang remaja mereka mempunyai tanggungjawab yang besar. .............Ada waktunya remaja kita lupa diri sehingga terlupa untuk berpijak di bumi nyata..............Ada kalanya remaja kita terleka dengan kehendak diri sehingga tidak pandai menghargai ................Ada kalanya remaja kita terlalu ego dengan keupayaan diri sehingga hilang nilai diri ..................
Sesungguhnya rakan-rakanku perjuangan kita belum lagi selesai.............

Muhasabah Diri

Satu kegagalanku pabila permasalahan yang tercetus melibatkan pihak ketiga sebagai satu penyelesaian. Bukanlah satu langkah yang bijak apabila aku terpaksa melahirkan perasaan tidak puashatiku untuk diselesaikan oleh pihak lain.......Kewibawaanku tercalar setelah sekian lama .........

Memahami jiwa remaja

Tidak ramai yang dapat memahami jiwa remaja hari ini. Banyak pihak yang hanya menyalahkan tindak tanduk remaja yang semakin kekusutan nilai.Ada kalanya kita terpaksa tunduk kepada aliran waktu. Dek kerana kita yang semakin hampir separuh abad atau kerana kita terlalu mencari kesalahan tanpa mengambil tindakan wajar mengatasi kekusutan nilai remaja menyebabkan kita terlupa kita juga pernah muda. Jiwa remaja yang sentiasa memberontak tidak akan menghiraukan larangan.Jiwa remaja yang perlukan pengisian . Maka apakah peranan kita ? Adakah dengan hanya menyekat kebebasan idea dan kreativiti mereka? Atau adakah dengan hanya sentiasa memberikan kritikan sehingga mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kehendak diri dan kehendak pihak lain?Sesungguhnya pengisian majlis makan malam tadi telah menggambarkan kehausan anak-anak didikku ..........

Pembuka bicara

Monday, November 10, 2008

Dalam dunia yang agak mencabar hari ini,banyak kecelaruan yang berlaku ..........Dalam kecelaruan itu, sudah tentu banyak kekeliruan.......sebab itulah banyak perkara yang dapat dikongsi bersama tidak kira dalam apa jua aspek. Dalam perkongsian bicara sudah tentu ada banyak persoalan yang boleh menjadi cetusan perbincangan..........maka tercetuslah coretan rasa nukilan hati.